Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Maksud:

1.Apabila melakukan atau memulakan sesuatu kerja atau tugas yang sukar hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya.

2. Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai.

Ungkapan terdekat:
  1. Alang-alang mandi, biar basah.
  2. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
  3. Alang-alang berminyak, biar licin.
  4. In for a penny, in for a pound.
  5. Go the whole hog.
  6. Belayar sampai ke pulau. 
  7. A job worth doing is worth doing well.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon